Pengenalan Bola Sepak


1.0 PENGENALAN BOLA SEPAK

Bola sepak (association football atau soccer) ialah sukan berpasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia. Badan pentadbiran dunia bola sepak iaitu FIFA, atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (B. Inggeris: International Federation of Association Football, B. Perancis: Fédération Internationale de FootballAssociation) Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bolasepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkatprofessional di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk menonton permainan pasukan pilihan mereka, manakala selebihnya pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bolasepak pada peringkat amatur. Mengikut kajian yang dilakukan olehFédération Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelosok dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum telah membantu penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya. Banyak pihak dalam arena bola sepak menyatakan keinginan yang sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan individu samada peminat, komuniti tempatan, malah negara; oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia. Oleh kerana itu ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.
.
2.0 SEJARAH BOLA SEPAK

2.1SEJARAH BOLA SEPAK ANTARABANGSA

Keperluan untuk satu badan khas bertujuan untuk memantau permainan sedunia ini menjadi jelas pada permulaan abad ke-20 dengan populariti antarabangsa yang semakinmeningkat. Persatuan bola sepak Inggeristelah mempengerusikan banyak diskusi tentang membina satu badan antarabangsa, tetapi telah dilihat sebagai tidak menunjukkan sebarang  kemajuan. Ia jatuh kepada tujuh negara-negara Eropah untuk mengikat bersama-sama membentuk persatuan ini. FIFA telah ditubuhkan di Paris pada Mei 21, 1904– nama Perancis dan nama singkatan kekal hingga ke hari ini, walaupun kepada di luar negara-negara berbahasa Perancis. Presiden pertamanya adalah Robert Guérin. FIFA mempengerusikan pertandingan pertamanya pada tahun1906, walaubagaimanapun ia berdepan dengan sedikit persetujuan atau kejayaan. Berikutan faktor ekonomi, mengakibatkan penggantian Guérin yang pantas dengan Daniel Burley Woolfall dari England yang ketika itu telah menjadi salah satu persatuan ahli. Pertandingan berikut yang diadakan, iaitu pertandingan bola sepak Olimpik 1908 di  London lebih berjaya, walalupun disertai oleh pemain-pemain bola sepak profesional,bertentangan dengan prinsip-prinsip pengasas FIFA.Keahlian FIFA berkembang ke luar Eropah, dengan permohonanAfrika Selatan  pada tahun1909, Argentinapada tahun 1912, danAmerika Syarikat pada tahun1913. Bagaimanapun, FIFA  mengalami kejatuhan semasa Perang Dunia I, dengan banyak pemainnya dihantar untuk berperang dan kemungkinan membuat perjalanan untuk permainan antarbangsa terlalu terhad. Selepas perang dan menyusul kematian Woolfall, pertubuhan itu diambil alih oleh Carl Hirschmann, seorang anak Belanda. Pertubuhan ini terselamat daripada kepupusan, tetapi pada kos tindakan keluar Negara-negara Tuan Rumah yang menyebut keengganan mereka untuk menyertai pertandingan-pertandingan bersama musuh Perang Dunia mereka.

2.2SEJARAH BOLA SEPAK DI MALAYSIA

Bola sepak adalah satu permainan berpasukan yang tertua di dunia dan merupakan permainan yang paling popular hingga ke hari ini. Di Malaysia, permainan ini telah diperkenalkan oleh tentera Inggeris pada tahun 1825. Permainan ini muladiketengahkan pada tahun 1905, apabila tertubuhnya Liga Bola Sepak Amatur Selangor. Pertandingan bola sepak yang pertama telah diadakan pada tahun 1921untuk merebut Piala HMS Malaya (kini Piala Malaysia). Permainan ini terus berkembang dengan tertubuhnya Persatuan Bola Sepak Malaya (kini Persatuan Bola Sepak Malaysia) pada tahun 1926, yang bergabungdengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada tahun 1956. Malaysiaterus menganjurkan beberapa siri pertandingan termasuk pertandingan yangmelibatkan negara luar, seperti Pesta Bola Merdeka, Piala FA, Piala FAM, PialaSumbangsih dan Liga Perdana. Melalui pertandingan ini, lahirlah beberapa orang pemain yang terkenal diperingkat antarabangsa, seperti Allahyarham Mokhtar Dahari dan mendiang R.Arumugam. 

http://htmlimg3.scribdassets.com/3z884r9log10522i/images/3-d00be0d274.jpg


3.0KELENGKAPAN PERMAINAN BOLA SEPAK

1)Padang
Ukuran padang yang digunakan yang digunakan ialah 90 meter hingga120 meter panjang dan 45 meter hingga 90 meter lebar.
 
2)Bola
Bola berbentuk sfera. Berukur lilit 0.68 meter hingga 0.71 meter dan beratnya adalah 396 gram hingga 453 gram.

3)Bendera
2 bendera digunakan oleh pengadil yang menjaga garisan tepi padangdan 4 bendera yang diletakkan di setiap bucu padang digunakan sebagaimenandakan bahawa bola sudah terkeluar dari kawasan permainan.


http://htmlimg4.scribdassets.com/3z884r9log10522i/images/4-e45f36b737.jpg


   
4)Tiang gol
Digunakan sebagai tempat untuk menjaringkan gol. Terdapat 2 tiang goldi dalam padang.

5)Jaring gol
Jaring gol digunakan adalah untuk menghalang bola dari keluar apabilabola sudah memasuki tiang gol.

6)Kasut but
Kasut yang sesuai untuk digunakan ialah kasut yang berpaku danbertumit plastik. Ini adalah penting untuk larian dan juga perlindungankepada pemain.

7)Sarung tangan
Alatan khas yang digunakan untuk penjaga gol menangkap dan menepisbola. Juga berfungsi melindungi tangan dan mengurangkan tekanan.



http://htmlimg3.scribdassets.com/3z884r9log10522i/images/5-3112da5979.jpg


4.0UNDANG- UNDANG DAN PERATURAN ASAS

1)Bilangan pemain
• Setiap pasukan diwakili oleh 11 orang pemain termasuk penjagagol semasa sepak mula dilakukan.

2)Pengadil
Sesuatu perlawanan akan diadili oleh seorang pengadil dandibantu oleh 2 orang penjaga garisan.

3)Masa permainan
Masa penuh : 90 minit
Separuh masa : 45 minit
Rehat antara separuh masa : 15 minit
Masa tambahan : 30 minit

4)Memulakan permainan
Pemilihan tempat dan tendangan ditentukan denganmelambungkan duit syiling. Pasukan yang menang lambungan berhak membuat  pemilihan tempat atau tendangan permulaan.
Tendangan permulaan dilakukan pada awal permainan, selepas jaringan gol dan semasa memulakan separuh masa kedua.
• Tendangan dimulakan di pusat padang dengan menendang bolayang tidak bergerak ke kawasan lawan.

5)Bola di luar permainan
Apabila keseluruhan bola melintasi garisan gol atau garisan tepi.
Apabila pengadil memberhentikan permainan.

6)Jaringan gol
Jaringan gol dikira sekiranya keseluruhan bola telah melintasigarisan gol di antara dua tiang gol dan di bawah palang gol.


7) Offsaid
Pemain berada dalam kedudukan offsaid jika :
Berada lebih hampir dengan garisan gol pasukan lawandaripada bola dan pemain lawan yang kedua terakhir, danmengganggu permainan, atau mengganggu pasukan lawan.
Cuba mendapatkan keuntungan dengan berada dalamkeadaan tersebut.

8)Tendangan percuma
Tendangan percuma “terus”
Jaringan gol melalui tendangan ini dikira sah.
Tendangan percuma “tidak terus”
○ Jaringan gol melalui tendangan ini dikira sah jika bola telahdisentuh oleh pemain lain sebelum bola dijaringkan.

9) Tendangan penalti
Tendangan penalti diberikan kepada pasukan yang menyerangapabila pasukan bertahan melakukan kesalahan dalam kawasanpenaltinya sendiri.

10)Lontaran ke dalam
Lontaran ke dalam dilakukan apabila keseluruhan bola melintasigaris tepi sama ada di tanah atau di udara. Lontaran dilakukan olehpasukan lawan kepada pemain terakhir yang menyentuh bola

11)Tendangan gol / tendangan penjuru
• Tendangan dilakukan apabila bola melintasi garisan gol sama adadi tanah atau di udara, kecuali diantara dua tiang gold an di bawahpalang gol.
Jika bola disentuh kali terakhir oleh pasukan yang menyerang,tendangan gol diberikan kepada pasukan yang bertahan.
Jika bola disentuh kali terakhir oleh pasukan yang bertahan,tendangan penjuru diberikan kepada pasukan yang menyerang.

12) Tindakan merbahaya yang perlu dielak
Menyepak atau menendang pemain.
Menarik pemain lawan.
Membentes menggunakan kaki.
Menolak pemain lawan.
Membongkok ketika pemain lawan melompat untuk menanduk.
Melompat dan menendang ke arah pemain lawan.
Menyiku pemain lawan.
Merempuh pemain lawan dari belakang.
Mengangkat kaki terlalu tinggi.
Menerjah pemain lawan.

13) Kad kuning dan kad merah
Kad kuning akan diberikan jika pemain :
Melakukan tindakan merbahaya
Memegang atau menyentuh bola dengan sengaja kecualipenjaga gol.
Menendang bola selepas tiupan wisel kerana kesalahanyang sengaja dilakukan.
Kad merah akan diberikan jika pemain :
Mendapat kad kuning kedua.
Melakukan tindakan merbahaya.

5.0KEMAHIRAN ASAS DALAM PERMAINAN BOLA SEPAK

Kemahiran yang perlu dikuasai dalam permainan bola sepak termasuklah :
1)Menendang
Tendangan leret
Tendangan lambung
Tendangan voli1)Menyerkap
Menyerkap bola leret
Menyerkap bola tinggi1)Menggelecek2)Melakukan hantaran
Hantaran ke hadapan
Hantaran ke sisi
Hantaran silang1)Menanduk
Menanduk ke hadapan
Menanduk ke sisi1)Menjaga gol
Menangkap bola leret
Menangkap bola tinggi
Menumbuk bola
Tendangan bola

6.0 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PERMAINAN BOLA SEPAK

6.1MENENDANG

Tendangan yang baik dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik yang betul. Seseorang pemain juga dapat menendang dengan baik sekiranya mempunyai kekuatan otot dan kuasa yang baik di bahagian kaki.Menendang bertujuan untuk melakukan hantaran kepada rakansepasukan, melakukan tendangan sudut atau tendangan bebas,mengeluarkan bola dari kawasan gol, menjaringkan gol dan melakukansepakan penalti.Pada asasnya, terdapat tiga jenis tendangan iaitu tendangan leret,tendangan lambung dan tendangan voli.

(1)Tendangan Leret
Tendangan leret dilakukan apabila membuat hantaran dekat danmenjaringkan gol.

Teknik melakukan tendangan leret
Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di sisi bola. Badanhampir lurus. Mata memandang bola.
Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan dibongkokkansedikit ke hadapan. Kaki sokongan dibongkokkan sikit.
Tendang di bahagian tengah bola.
Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

(2)Tendangan Lambung

Tendangan lambung dilakukan ketika membuat hantaran jauh, tendanganbebas, tendangan sudut, mengeluarkan bola dari kawasan gol dansemasa menjaringkan gol
Teknik melakukan tendangan lambung
Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di belakang bola.Badan hampir lurus. Mata memandang bola.
Ayunkan kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongandibengkokkan sedikit.
Tendang di bahagian bawah bola. Badan condong ke belakang.
Ikut lajak selepas melakukan tendangan.



(3)Tendangan voli

Tendangan voli dilakukan untuk mengeluarkan bola dari kawasan goldan untuk menjaringkan gol. Tendangan voli dilakukan menggunakanbahagian kekura kaki semasa bola di udara.
Teknik melakukan tendangan voli
Kedudukan bersedia. Berdiri menghadap bola.
Ayunkan kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongandibengkokkan sedikit. Mata memandang bola.
Tendang di bahagian bawah bola menggunakan kekurakaki. Badan condong ke belakang.
Ikut lajak selepas melekukan tendangan.

http://htmlimg1.scribdassets.com/3z884r9log10522i/images/11-004c9c8d7e.jpg

6.1MENYERKAP

Kebolehan menyerkap bola yang datang memudahkan seseorang pemainitu melakukan tindakan yang seterusnya dalam bola sepak. Pelbagaibahagian anggota badan , kecuali tangan boleh digunakan untukmenyerkap bola. Penggunaan bahagian anggota badan bergantungkepada keadaan bola yang datang, sama ada meleret atau tinggi.

(1)Menyerkap bola leret
Menyerkap bola leret boleh dilakukan dengan menggunakan bahagiandalam kaki, bahagian luar kaki, kekura kaki dan tapak kaki.

Teknik menyerkap bola leret

Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang.Mata memandang bola.
Apabila bola hampir, gerakkan kaki yang hendak menyerkap kehadapan.
Sebaik sahaja bola menyentuh kaki, bawa kaki ke belakang.
Kaki menyentuh bahagian tengah bola. Kaki menyerkap danbadan condong ke arah bola datang.
http://htmlimg1.scribdassets.com/3z884r9log10522i/images/12-e26d443985.jpg


(2)Menyerkap bola tinggi
Menyerkap bola tinggi boleh dilakukan dengan menggunakanbahagian dalam kaki, paha dan dada.

Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan bahagian dalam kaki

Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang.Mata memandang bola.
Apabila bola hampir ke kaki, sesuaikan kedudukan supayabadan sentiasa menghadap bola.
Sebaik sahaja bola hampir mencecah tanah, ayunkan kakimenyerkap ke sisi.
Serkap bola sebaik sahaja bola mencecah tanah. Badancondong ke arah bola datang



Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan bahagian paha

Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.
Apabila bola hampir, gerakkan paha menyerkap ke hadapan danke atas dengan lutut bengkok. Badan dicondongkan ke belakang.
Sebaik sahaja bola menyentuh paha, bawa paha ke bawah. Pahamenyentuh bahagian bawah bola

Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan dada

Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.
Apabila bola hampir ke dada, bawa dada ke hadapan dan ke atas sambil tangan dibuka di sisi badan. Berdiri di atas bebola kaki.
Sebaik sahaja bola menyentuh dada, lentikkan badan ke belakang kemudian bawa badan ke hadapan




 
Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Matamemandang bola.
Apabila bola hampir ke dada, bawa dada ke hadapan dan ke atassambil tangan dibuka di sisi badan. Berdiri di atas bebola kaki.
Sebaik sahaja bola menyentuh dada, lentikkan badan ke belakangkemudian bawa badan ke hadapan.

6.2MENGGELECEK

Kemahiran ini melibatkan kebolehan berlari sambil mengawal bola ke kiri,ke kanan, ke hadapan atau berpusing ke belakang. Kebolehan melakukankemahiran ini dengan baik sangat penting untuk mengatasi pemain lawan.Menggelecek boleh dilakukan dengan sebelah kaki. Biasanya, bahagiandalam dan bahagian luar kaki digunakn untuk menggelecek.

Teknik menggelecek menggunakan sebelah kaki

Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandangbola.
Dengan menggunakan bahagian dalam kaki kanan, gerakkan bolake kiri. Badan condong ke kiri dan tangan dibuka di sisi denganlutut kiri dibengkokkan sedikit.
Tolak bola ke kanan menggunakan bahagian luar kaki yang samadan badan condong ke kanan.



6.3MELAKUKAN HANTARAN

Kemahiran melakukan hantaran adalah penting untuk memastikan bolasampai kepada rakan sepasukan dengan tepat. Hantaran biasanyadilakukan dengan menggunakan kemahiran menendang. Tendangan leretdigunakan untuk membuat hantaran dekat, manakala tendangan lambungdigunakan untuk membuat hantaran jauh.Seseorang pemain boleh menggunakan hantaran dekat danhantaran jauh semasa melakukan hantaran ke pelbagai arah, seperti ke

hadapan, ke sisi dan menyilang, bergantung kepada situasi ketikabermain.

(1)Hantaran ke hadapan
Hantaran ini dilakukan dengan menendang bola menggunakanbahagian dalam kaki atau kekura kaki.
Teknik melakukan hantaran ke hadapan
Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Matamemandang bola.
Ayunkan kaki menendang ke belakang.
Tendang di bahagian belakang bola.
Ikut lajak selepas melakukan tendangan.




(2)Hantaran ke sisi
Hantaran ke sisi dilakukan dengan menendang bola menggunakanbahagian luar kekura sama ada kaki kiri atau kaki kanan, bergantungkepada kaki yang sedang digunakan untuk mengawal bola.

Teknik melakukan hantaran sisi

Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Matamemandang bola.
Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan condong kehadapan.
Tendang di bahagian sisi bola.
Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

http://htmlimg3.scribdassets.com/3z884r9log10522i/images/18-c070b8ea62.jpg


(3)Hantaran silang
Hantaran ini dilakukan dengan menendang bola menggunakanbahagian dalam kekura kaki. Jika bola hendak dihantar menyilang darikiri ke kanan, kaki kiri digunakan untuk menendang bola. Sebaliknya, jika bola hendak dihantar menyilang dari kanan ke kiri, kaki kanandigunakan untuk menendang bola.

Teknik melakukan hantaran silang

Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Matamemandang bola.
Ayunkan kaki menendang ke sisi. Badan condong ke arah bolahendak dihantar.
Tendang di bahagian sisi bola.
Ikut lajak selepas melakukan tendangan.



3.1MENANDUK

Kemahiran menanduk boleh digunakan untuk menjaringkan gol dan melakukan hantaran. Menanduk dilakukan dengan menggunakan bahagian dahi. Jenis tandukan yang biasa dilakukan semasa bermain ialah tandukan ke hadapan, tandukan ke belakang dan tandukan ke sisi.

Teknik menanduk ke hadapan

Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahumenghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.
Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang dengan lututdibengkokkan sedikit. Kedua-dua tangan dibuka di sisi.
Bawa badan dan kepala ke hadapan dan tanduk bolamenggunakan bahagian dahi. Dahi menyentuh bahagian bawah bola.
Ikut lajak selepas melakukan tandukan.

Teknik menanduk ke sisi

Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahumenghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.
Apabila bola hamper tiba, kilaskan badan ke arah bertentangandengan sasaran tandukan. Kedua-dua tangan dibuka di sisi.
Kilaskan badan ke arah sasaran tandukan dan tanduk bolamenggunakan dahi.
Ikut lajak selepas melakukan tandukan


Teknik menanduk ke belakang

Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahumenghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.
Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang sambilmendongakkan kepala ke atas, dan tanduk bola menggunakanbahagian dahi. Dahi menyentuh bahagian bawah bola.


3.1MENJAGA GOL

Penjaga gol boleh menggunakan keseluruhan anggota badannya untukmenghalang cubaan jaringan yang dibuat oleh pasukan lawan. Penjagagol yang baik mestilah menguasai kemahiran menangkap, menumbuk danmenendang. Selain menguasai kemahiran tendangan leret dan tendanganlambung, penjaga gol juga perlu menguasai kemahiran tendangan bola diudara dan tendangan lantun. Kedua-dua jenis tendangan ini dilakukandengan menggunakan bahagian kekura kaki.

Teknik menangkap bola leret

Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang.Sebelah kaki di hadapan dan sebelah lagi di belakang. Matamemandang bola.
• Apabila bola hampir ke kaki, rendahkan badan dengan lutut kanandi atas tanah di belakng tumit kiri.
Tangkap bola di hadapan badan dan bawa ke dada

Teknik menangkap bola tinggi

• Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Matamemandang bola.
• Apabila bola hampir, sebelah kaki melangkah ke hadapan sambilmelombat. Luruskan tangan ke atas di hadapan kepala dengan ibu jari kedua-dua belah tangan hampir rapat.
Tangkap bola setinggi yang boleh dicapai. Bawa bola ke dada


Teknik menumbuk bola

• Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Matamemandang bola
 
•Apabila bola hampir, lompat dengan kedua-dua belah kaki sambilmenumbuk bola.
Tangan menyentuh bahagian bawah bola.

Teknik tendangan bola di udara

Kedudukan bersedia. Berdiri dengan memegang bolamenggunakan kedua-dua belah tangan.
Kaki sokongan melangkah ke hadapan dan kaki menendangdiayunkan ke belakang. Badan condong ke hadapan.
Jatuhkan bola di hadapan badan dan tendang bola sebelumbola mencecah tanah.
Ikut lajak selepas menendang.
Mata memandang bola

Teknik tendangan lantun

Kedudukan bersedia. Berdiri memegang bola menggunakankedua-dua belah tangan. Mata memandang bola.
Kaki sokongan melangkah ke hadapan dan kaki menendangdiayunkan ke belakang. Badan condong ke hadapan.
•Jatuhkan bola di hadapan badan dan tending bola sebaik sahajabola melantun dari tanah.
Ikut lajak selepas menendang




LATIHAN ANSUR MAJU DAN KAEDAH PENGAJARAN TGFU3

1.MENENDANG

a)Pemain perlu membuat latihan menendang tanpamenggunakan bola. 

Sekarang pemain menggunakan dua biji bola sepak. Pemaindikehendaki menendang bola pertama dengan kuat manakalabola kedua ditendang perlahan agar bola itu bergerak separuhdari bola pertama.bola pertama obola kedua o
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk pemainmerasakan tendangan kuat dan mengawal tendanganuntuk jarak tertentu

b) Pemain menendang bola di atas garisan lurus secara statikdan mesti bola itu bersentuh atau berhenti di gelung yangdisediakan

Tujuan latihan ini adalah untuk memastikanpersediaan dan tendangan pemain adalah lurusbagi satu tendangan atau hantaran yang tepat.

c) Pemain menendang bola ke arah dinding dari jarak 20meter dimana pemain bebas menendang tetapi hendaklahdengan cara yang betul. Pemain boleh mensasarkantendangan ke arah yang dikehendakinya. Bagi permulaanpemain hendaklah berdiri statik dan kemudian bolehlahbergerak satu langkah, 2,3 langkah seterusnya.20 meter 

d) Dua pemain berdiri bersemuka pada jarak 20 meter.Pemain menendang bola ke arah satu sama lain(ketepatan diutamakan). Bila tendangan memuaskan, jarak ditambahkan kepada 25m, 30m, 40m dan seterusnya.Pemain boleh bergerak satu langkah, 2, 3 dan seterusnyabila melakukan tendangan.20 meter  
e) Dua pemain berdiri bersemuka pada jarak 20 meter. DuaSkitel atau kon diletakkan di tengah-tengahnya sebagai laluan tendangan.Pemain perlu cuba menendang bolamelalui laluan tendangan iaitu antara dua skitel. Ulangaktiviti ini sehingga bola itu sampai kepada pemain lain.laluan tendangan
f) Lima pemain membentuk satu segi empat dan seorangpemain berdiri di tengah-tengah bulatan. Pemain tengahmenendang bola kepada setiap pemain dalam kumpulandan sebaliknya. Pemain tengah hendaklah ditukar denganpemain lain apabila semua ahli kumpulannya telahmenendang bola.




TGFU Bagi Kemahiran Menendang
Nama permainan : Menjatuhkan Skitel
 
Bilangan pemain : 5 orang
Masa                     : 5 minit
Kawasan              : Padang bola sepakProsedur permainan:Lima pemain akan berdiri di satu lorong yang disediakan. Pemain perlu menendang bola dan mesti menjatuhkan skitel yang terdapat di laluan mereka. Pemain akan diberi tiga kali percubaan. Pemain yang gagal menjatuhkan skitel, akan membuat gaya menendang tanpa menggunakan bola sebanyak sepuluh kali. Pemain yangmenjatuhkan skitel dalam tiga kali percubaan dianggap sebagai pemenang.

2MENYERKAP

a)X akan menendang bola kepada Y untuk menyerkap.Kemudian Y akan menendang bola kepada X pulauntuk menyerkap.aktiviti ini diulang beberapa kali.X Y

b)C meleretkan bola kepada D untukmenyerkapnya di hadapan, kanan dan kiri. D akanmenenendang pula kepada C untuk menyerkap.Kemudian D pula akan menendang bola kepada C kehadapan,kanan dan kiri untuk menyerkapnya

c). X menendang bola jauh kepada Y dan kemudianakan menyerkapnya di Y1. Y pula akan menendang jauh untuk diserkap oleh X di X1. Ulang aktiviti inibeberapa kali

d). X akan menendang bola dan Y akan menyerkap bolatersebut. Y pula menendang kepada V untuk menyerkapnya.V menendang pula kepada X. Ulang aktiviti ini dankemudian tukar arah.


TGFU Bagi Kemahiran Menyerkap Bola

Nama permainan                    : Tendangan berganti-ganti dan menyerkap

Bilangan pemain               : 4 orang
Masa permainan              : 5 minit
Kawasan                              : padang bolaProsedur permainan :Jarak antara pemain ialah 20 ela. A tendang ke B dan terus lari ke sebelah garisan B. Bmenahan bola itu dan memendang ke C. C menahan dan menendang ke D. Dmenahan dan membuat tendangan ke A dan seterusnya. Keempat-empat pemainberganti-ganti secara berterusan untuk membuat tendangan dan menahan bola.


3MENGGELECEK

a) Kemahiran mengelecek rapat
Pemain mengelecek rapat di atas satu garisanlurus
Pemain mengelecek rapat di antara pemain dalamsatu pasukan
Pemain menggelecek rapat dalam satu kawasanberbentuk segi empat. Apabila diisyaratkan,pemain meninggalkan bola dan mara ke hadapanuntuk menggelecek bola lain yang ditinggalkanoleh rakan sebaya
 
b) Kemahiran mengelecek longgar 
Secara individu pemain berjalan secara biasasambil menggelecek bola dengan kayu hoki,diikuti dengan berlari perlahan-lahan.
Mengelecek melalui halangan sebaris
Pemain menggelecek rapat dalam satu kawasanberbentuk bulatan. Apabila diisyaratkan, pemainmeninggalkan bola dan mara ke hadapan untukmenggelecek bola lain yang ditinggalkanoleh rakan sebaya


4MELAKUKAN HANTARAN

Pertama sekali lakukan gaya membuat hantaran tanpa menggunakan bola. Pastikanpemain menendang dengan betul dan pastikan badan dan lutut dalam keadaan yangbetul semasa menendang. Ulang aktiviti ini sehingga pemain dapat melakukan aktitiviini dengan baik.Sekarang pemain menghantar bola ke arah dinding. Pemain akan menghantar daripelbagai arah. Pastikan hantaran dilakukan dengan mekanik yang betul. Ulang aktivitiini beberapa kali 
 Pemain menghantar bola dengan satu langkah.Dua langkah, tiga langkah danberjogging. Perlakuan dilakukan setelah pemain dapat menguasai aktiviti mengikuturutan. Selepas ini pemain akan menghantar bola kepada pasangan secara berhadapan. A akanmenghantar kepada B dan sebaliknya. Pastikan mekanik hantaran dilakukan dengan betul.Ulang aktiviti ini beberapa kali.A BSekarang A akan menghantar bola ke B, C ,D. selepas itu, B, C, D pula akanmenghantar balik ke A seorang demi seorang.

Dalam ansur maju ini pemain A berada di tengah-tengah bulatan dikelilingi oleh pemain B, C, D, E. A akan menghantar kepada sesiapa dan pemain yang dapat bola harusmenghantar kepada A balik.


TGFU Bagi Kemahiran Menolak

Nama permainan                    : Hantaran tepi dan megelecek

Bilangan pemain               : 3 orang
Kawasan                              : saiz dua kotak grid
Masa permainan              : 5 minit
Prosedur permainan:Garisan panjang digunakan untuk menghantar dan garisan pendek digunakan untukmengelecek bola. A menghantar bola kepada B dan berlari ke arah B. B menahan boladan membawa bola secara mengelecek tepi ke tempat X dan membuat hantarankepada C. C pula melakukan gerakan seperti B dan aktiviti diteruskan

5FORMASI PERMAINAN

Peraturan perlawanan tidak menspesifikkan kedudukan pemain-pemain selainpenjaga gol. Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini,sebilangan pemain yang spesifik telah berubah. Mereka termasuklah:
pertahanan
- pemain yang pakar dalam mencegah jaringan gol musuh.
pemain tengah
- pemain yang melakukan serangan dan memberikan loronganbola kepada penyerang, tetapi juga menolong pertahanan dengan menggangguserangan pasukan lawan pada peringkat awal.
penyerang
- pemain-pemain yang berperanan untuk menjaringkan gol.Kedudukan-kedudukan ini selanjutnya dibezakan oleh bahagian mana pemainbanyak menghabiskan masa. Sebagai contoh, terdapat pertahanan tengah dan pemaintengah kiri.Para pemain mungkin menghabiskan kebanyakan masa dalam perlawanan dalambahagian spesifik di padang. Bagaimanapun, mereka tidak dikekang oleh peraturansukan dan boleh berubah kedudukan pada bila-bila masa. Ini juga boleh digunapakaioleh penjaga gol, yang biasanya menghabiskan kebanyakan masa perlawananberhampiran dengan gol tetapi boleh melibatkan diri dalam permain berpasukan. Inibiasanya hanya berlaku pada tendangan percuma atau tendangan sudut di akhir perlawanan itu.Susun atur para pemain di padang dipanggil sebagai formasi. Untukmenggambarkan satu formasi tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan berapa banyak pemain pertahanan digunakan, yang kedua adalah bilangan pemain tengah yang akan digunakan dan yang ketiga adalah bilangan penyerang. Formasiyang popular dalam bola sepak moden termasuklah 442, 433, 352, 343, 451, 352.

6 KESELAMATAN SEMASA BERMAIN

Aspek keselamatan perlu diberi perhatian semasa bermain bagi mengelakkankemalangan dan kecederaan.kecederaan seperti lebam, terseliuh, patah, retak, lukaatau terkoyak mudah berlaku terutamanya pada otot di bahagian paha. Berikut adalahbeberapa aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian ketika bermain :

·         Pakai seluar dan jersi yang selesa untuk memudahkanpergerakan.

·         Pakai but bola, pelapik tulang tibia (Shin Guard) dan stoking.

·         Lakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badansebelum dan selepas bermain.

·         Pastikan peralatan yang digunakan dalam keadaan baik.

·         Pastikan tempat bermain tidak merbahaya.

·         Lakukan kemahiran asas dengan teknik yang betul dan patuhi undang-undang permainan.