Tuesday 27 September 2011

PENDAHULUAN

Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan

Penyelidikan Kajian Tindakan merupakan satu jenis penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri dan melibatkan penyelidik itu sendiri untuk mengkaji sesuatu amalan yang lazim dilakukan dalam bidang tugasnya. Penyelidikan Tindakan kini secara meluasnya dilakukan dalam tujuan pendidikan. Kebanyakan guru menggunakan kaedah ini untuk memperbaiki kaedah pengajaran mereka. Penyelidikan tindakan ini melibatkan pengumpulan dan pentafsiran data untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai aspek-aspek tertentu dalam pengajaran dan berlainan daripada kaedah penyelidikan yang lain. Kaedah ini lebih bertumpu kepada diri penyelidik sendiri untuk melihat dan mencari jalan dalam memperbaiki pengajarannya.

Monday 26 September 2011

Pembuka Kata...Pemanis Bicara...

ASSALAMUALAIKUM...

Ahlan wa sahlan buat semua...

"Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meniggalkan dunia kerana akhiratnya" (Hadis Riwayat Al-Khatib)